Friday, June 13, 2008

ISTANA NEGARA YANG TELAH DINAIKTARAF...part 2


sekarang ni...sape yang perlu ubah gaya hidup? rakyat marhaen jugak ke....

kesimpulannya : LU PIKIR LA SENDIRI !!!.....



PINTU GERBANG ISTANA NEGARA



ISTANA NEGARA DI ATAS BUKIT



BILIK TIDUR UTAMA



BILIK TIDUR KEDUA





ISTANA NEGARA YANG TELAH DINAIKTARAF...part 1

MAK aih....melampau betul. bukannya semua orang boleh guna barang2 kat istana negara pun. buat ape nak naik taraf melampau macam ni. sape yang patut ubah gaya hidup ni...



RUANG MAKAN

Nasib rakyat marhaen di tangan penzalim...

ade sikit benda yang nak dikongsi bersama-sama semua..:

yang ni komen dari forum kampung kitorang perihal kenaikan harga minyak ...:

KUALA LUMPUR 10 Jun - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menjangka
dapat mengutip cukai RM80 bilion pada tahun ini berbanding RM74.66
bilion pada tahun lalu.

+ Subsidi yang diberi petronas RM 30 Bilion

+ lain-lain taxes

= tak cukup kah untuk mentadbir Negara…?

= tak cukup lagi nak bagi keselesaan kepada rakyat marhaen….?

** patutnya Tol bole free, air bole free, letrik boleh free… kemudahan asas emuanya patut bagi freee....

Bole buat lagi stok penimbal untuk beras, tepong, gula dsb…

tak salah aku budget belanjawan kerajaan untuk tahun ni RM170 bilion...
shahir pun dah bagi tau, minyak naik sebab nak tampung pembangunan negara.
ekonomi teruk, cukai kerajaan dan pendapatan negara akan merosot.
tapi drp 170 bilion tu, bayak mana yg betul sampai ke rakyat aku tak tau...'mungkin' 60% lebih lanyak untuk komisyen kerabat....
: )


yang paling best adalah petikan dari sorang Ulama ni : Dr. Asri - Mufti Perlis

Posted on Jun 08, 2008 under Isu <http://drmaza. com/?cat= 16> Semasa |

'

Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya'. (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar.
Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).

Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun-atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis -seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak.
Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum 'dijakimkan', 'apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?'. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum
menghadapi krisis harga minyak.

Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.

Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): 'Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya'. (Surah al-Isra: 26-27).

Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun, disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun, tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.

Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya. Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.

Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang poketnya yang sudah lelah?

Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.

Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.

Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai, bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.

Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat.
Al-Nawawi telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini. Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.

Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah para syuhada.

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.

Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan berkurangan di pasar.

Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata: 'Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?'. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).

Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu 'Umar bertanya: 'Dari mana diperolehi ini?'. Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar: 'Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa' (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut: Dar Sadir).

Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri jamuan negara dan negeri itu dan ini.

Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara.
Kemudian bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.

Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu dinamakan berjiwa rakyat?

Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah dan diangkat oleh Allah.

Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara telus dan bijaksana.

Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus, bijaksana dan bertanggungjawab.

Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup. Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar seseorang melupai masalah yang sebenar.

Friday, June 6, 2008

Kiamat..





Setiap hari Ahad tepat 9 malam, aku dengan ayah akan tonton rancangan di TV9 dekat di hati. rancangan yang paling kitorang minat. Halaqah. Malam tu pulak, isunya menarik sangat. ahli panel jemputan ni pulak bukan panel biasa. dua orang pakar sains, ilmuan dan juga pengamal perubatan. tapi kefasihan diorang memang cukup aku kagum sebab kupasan topik dia agak berat iaitu Kiamat. diorang ni ialah Dr Danial dan Dr Jamnul Mulkan. Aku tak ingat nama penuh diorang. sebab bagi tumpuan pada kupasan dia. tapi Dr Jamnul ni memang seorang yang berpengetahuan luas dalam kupasan isu-isu yang dikaitkan dengan al_Quran. memang hebat pada hemat aku.

Mula-mula Dr Danial diminta untuk kupaskan isu tentang teori Big-Bang dengan permulaan galaksi, beliau pun terangkan. Siap dengan ayat Al-Quran. tak ingat surah ape.


Dalam penjelasan beliau berkaitan teori Big-Bang, bumi dan langit ni bercantum menjadi satu unit. Bumi dan langit di sini termasuklah semua jenis planet, bintang, bulan, matahari dan termasuklah lohong hitam. Kemudian ade suatu kuasa yang datang dari dalam akibat tekanan yang melampau menyebabkan ia meletup. lalu berpecahlah semua tadi menjadi partikel2 kecil. tapi partikel2 ni berpecah dalam kedudukan yang bersistematik, berkoordinat hinggakan ahli sains yang mewujudkan teori ni mengatakan mesti ada satu kuasa yang MAHA HEBAT menyelaraskan kedudukan partikel ni selepas letupan berada dalam orbit sendiri tanpa perlanggaran hinggakan mewujudkan sistem solar yang paling efektif.

Tambah beliau lagi, jika diambil contoh letupan ke atas satu kereta. bumbung, tayar, pintu dan apa jua bahagian kereta pasti akan terpelanting ke merata-rata tempat. Namun ini berbeza sekali dengan BIG-BANG ni. Malah, hampir 500 orang saintis termasuk jurutera,penyelidik dan juga doktor terlibat untuk buat semula BIG-BANG yang bertempat di Israel dan jugak di Canada baru-baru ni dengan kos membina tapak atau bangunannya saja memakan hampir USD 500 Billion.

Kemudian,dia cerita pulak tentang sebuah tasik di Israel. Sea of Galilee atau Lake of Kinneret yang menyatakan tasik ini akan kering pada hujung tahun ni. boleh search kat jerussalem.post.

Dalam kenyataannya, bila tasik tu kering hujung tahun ni, dajjal akan keluar dari sana. dalil yang menyatakan pasal dajjal tu keluar lepas tasik tu kering, aku tak tahu ade tak.

gerun pulak biler aku baca artikel2 tu. biler dajjal keluar hujung tahun ni atau tahun depan, dunia akan semakin huru-hara. cerita pasal minyak naik harga, banjir, mangsa DAFFUR, Palestin, Iraq dan Iran bukan masalah pokok lagi. yang jadik masalah ialah kita akan jadik mangsa kerakusan dajjal ketika itu ..

habis takat tu je cerita Halaqah ni. banyak kupasan-kupasan dia. tambahan lagi, kesah kiamat ni akan sama seperti Big Bang. baru-baru ni ade cerita pasal seorang kanak-kanak Muslim yang mampu memberi kuliyah di hadapan berpuluh ribu orang..nampak gaya macam ade tokoh Imam Mahadi..

apa akan jadi pada kita nanti lepas Dajjal berkuasa kelak?...

Monday, June 2, 2008

Solatku ...


Dalam solatku yang sudah sekian kalinya, aku tetap merenung telunjukku dalam setiap tasyahud (tahiyyat) awal dan akhir, mengharapkan pahala menurut sunnah mengisi setiap kantung pahala yang tak pernah ku lihat. Berpuluh tahun berbuat demikian, perasaan ingin tahu tetap menerjah hatiku. Mengapa Rasulullah s.a.w. berbuat demikian? Mengapa disunatkan merenung telunjuk sewaktu tasyahud? Pasti ada sesuatu sehinggakan disunatkan berbuat demikian. Bagi yang tak ambil pusing, tetap bahagian mereka dengan kantung pahala yang sarat di akhirat, dijamin Allah s.w.t..



Dirujuk persoa lan itu kepada yang arif. Kata mereka telunjuk itu satu, diangkat ketika mengucapkan kalimah " Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah" bagi menandakan keEsaan Allah yang Satu, Yang Maha Esa dan Tiada yang sebanding denganNya. Jawapan yang diberi mententeramkan jiwaku hanya buat seketika. Memang benar apa yang dikatakan yang arif itu tadi, tapi mengapa gelodak jiwa mengatakan ada sesuatu yang lain.

Aku sentiasa terganggu dengan persoa lan yang ditimbulkan hati yang mendesak-desak mencari rahsia sebenar sehingga hatiku puas. Kenapa hanya perkara ini begitu mendesak jiwa sedangkan perbuatan itu hanya dilakukan dengan seketika dalam solat.

Sehinggalah di suatu senja yang sangat hening. Hujan lebat mula turun di luar rumah, mengha lan g lan gkah insan yang beriman lemah ini untuk ke tempat azan dilaungkan. Ditunaikan tanggungjawabku kepada Yang Maha Pencipta dalam kamar bacaan di rumah. Maghrib itu membuka persoa lan lama itu kembali. Mula sahaja tasyahud awal, telunjukku direnung dan membangkitkan kembali persoa lan yang sering bermain dijiwaku.

Kekhusyukan dalam ibadatku sedikit teganggu, minda ditumpukan kembali kepada bacaan solat supaya hatiku tetap berpaksikan rasa syukurku kepada Yang Menciptakan diriku dengan segala kesempurnaan. Tapi semua itu terganggu kembali bila saja aku berada dalam tasyahud akhir. Sekali lagi aku mengucapkan kalimah " Ashhadu allaa ilaa ha illallah (Aku bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang disembah melainkan Allah) sambil jari telunjukku diangkat menandakan aku mengakui keEsaan Allah s.w.t..

Bagaikan hendak tersembur kandungan dadaku tatkala aku merenung jari telunjukku pada kali ini. Serta merta airmataku mencurah-curah keluar tak tertahan, ditahan sebak dadaku supaya tidak terbatal solatku. Allahuakbar! Allah Maha Besar! Ampunkanlah segala dosa yang telah kulakukan dengan tanganku ini… Ya Allah! Betapa Engkau memuliakan kami manusia dengan kalimah NamaMu pada jasad kami yang kotor ini.. Ampunkanlah kami, ampunkanlah aku… Mulai maghrib hari itu, perbuatan mengangkatkan dan merenung telunjuk dalam tasyahud tidak lagi mengganggu kekhusyukan solatku, tapi ia membuatkan hatiku sentiasa gentar dan sayu..

Sayu mengenangkan dan merindui Allah s.w.t., gentar kerana aku melihat aku ini milik Allah… Ya! Benar.. akhirnya jawapan bagi persoa lan itu telah kutemui bila saja terpandang kalimah Allah ditelunjuk kananku.. Subhanallah! Maha Suci Allah! Ampunilah aku sekiranya tangan yang membawa kalimah namaMu yang Maha Suci dan Mulia ini telah aku gunakan untuk melakukan dosa dan maksiat me lan ggar perintahMu.. Ampunkanlah HambaMu ini Ya Allah…..

Thursday, May 29, 2008

alergik dengan ekon rupanya..



Hari selasa 27 MEI lepas baru je gaji. seronok betul. so macam2 la nak di buat. aku pun planning baik kiranya hari tu ngan member.

Sebenarnya, hari tu aku da rasa tak sedap badan. masuk je opis, kena ekon plak. pulak tu ekon tu bebetul menghala tempat aku. And then, tetiba pulak hujan turun hari tu selepas hampir sebulan tak hujan( sebulan ker?...). ekon opis tetiba pulak sejuk sesangat macam. rasa cam kat dlm bilik bekukan daging import(penah masuk bilik ni kat satu hypermarket tu.........grrr..sejuk sesangat).

Jadiknya seharian badan aku berbungkus dgn blazer yang tebalnye tak sampai 5mm. hari tu lupa pulak nak minum air masak. apa lagi, tekak terasa kering dan pahit je biler telan air liur. masa tu maintain lagi, belagak hebat, tak makan ubat pun. then, bole pulak tengahari tu pekena ais dengan member. aduhai, memang sengaja carik bala hari tu.

Pas lunch pulak ade opismet ajak g shopping balik keje. dapat pulak green lite dari hubby bole gi shopping..huhu..seronok aku!Hah! layan aje. hati bekobar-kobar nak carik barang yang diidamkan. tak kesah la badan tak sehat pun. so pada masa yang ditetapkan, tempat yang ditetapkan..kitorang pun pergilah. bole tahan sakan gak shopping even just window
shopping. huhuhu...

Pas magrib baru balek. tp on the way balek tu kepala da rasa berat. actually masa ngah shopping tu da rasa pala rasa pusing semacam. badan da gigil2 cam kena demam denggi. tapi buat dek je. sebab da janji ngan member. teruskan jugak shopping.

Time drive balik, mata rasa sakit sebab silau kena cahaya lampu keta. biler kena lampu yang guna hi-beam or lampu Xeon yang terang, kepala terus berdenyut..tp gagahkan jugak mandu. sampai je keta kat selekoh kelicap tanjung labuh tu, ade keta tah dari mana hala. laju gila babas driver dia bawak keta. guna pulak lampu Xeon yang terang tu. bertambah-tambah sakit kepala aku dek silaunye cahaya dari cermin kereta. pastu, da tau kat selekoh, bole pulak dia nak motong. malangnya tak lepas sebab tetiba ade lori yang guna lampu malap datang dari arah depan. terus dia ke belakang keta aku semula. aku tersentak sebab terasa gegar bumper belakang cam dihentak. terhenjut-henjut keta aku. trus hati aku terbakar, tapi sabarkan je.Nasib baik drive sensorang. malam hari pulak tu. kalau ade hubby aku masa tu, for sure dia bentikan keta mengejut pas kena sondol. dia turun and belasah mangkuk tu. tapi disebabkan aku sorang, tu pasal selamba je bawak keta. apa lagi, aku pecut terus...takut!


Sampai rumah mak kul 8.39malam.pas letak barang2 yg dia pesan.,aku terus baring kat depan tv. mintak mak picit pala. dekat setengah jam pastu, baru balek umah metua sbb minggu tu kitorang diamanahkan duduk rumah metua. lagipun kat sana tinggal mak budak ngan anak2 dara je. takde wakil adam. so,kul 9.30 malam baru aku tiba sana. Tu pun diorang baru pas makan. Masa ni la,perut aku lapar sangat. sangkengnye shopping tak ingat makan.

Then,aku melepak kat depan tv tempat diorang makan. Tetiba anak buah aku tegur biler tengok muka aku da lain sangat. pucat semacam. cam sakit. Aku just angguk kepala. tak mampu nak bercakap. coz badan da rasa sakit2 and seram sejuk,kepala tengah berdenyut, tekak perit, perut lapar, hati panas dan macam2 lagi. Denyut kat kepala bertambah biler anak2 buah aku yang umur 4 tahun ngan 2 tahun ni bergaduh, menjerit2..ngan suara baby tengah menangis lagi. aku tak tahan betul.hubby aku takde time tu. dia ke jb. kalau tak bole mintak dia picit2 pala.

Aku terus bangun dari situ, g mandi, solat.. makan sket b4 telan ubat and terus tido. Aku tido pun kat kerusi sebelah tv berselimut tebal. sejuknya rasa cam kena rendam dalam ais. aku tido2 ayam je. asik la berkalih badan kiri kanan.

Tepat kul 3 pagi baru hubby balek.tekejut dia tgk muka aku da bengkak, badan panas sangat. malam tu kitorang tido lambak depan tv beramai2 dengan anak buah hubby yang masih sunti 2 orang. aku tido2 ayam sebab pala rasa berat. kejap2 mintak hubby picit pala, kejap2 badan, jap lagi kaki pulak.. dia pun tak leh tido lena. sebab terasa bahang panas dari badan aku. Sian hubby aku...huhuhuu..owh, sebelum tido aku sempat minum air masak banyak2.

Then, hari Rabu,kul 5.30 pagi aku tejaga. rasa mata pedih, tekak perit..biler ankat pala, terasa bepusing satu rumah. tapi aku paksa diri bangun. masa mandi tu aku batuk banyak kali. tetiba kuar kahak berketul-ketul warna hijau campur darah. tekejut aku. baru la rasa tekak ni kurang sakit. aku mandi n solat,dengan harapan sehat pagi tu. after solat subuh tu, aku terus pitam tak sedar diri.

Tetiba je dengar suara biras aku. Rupanya dia ajak breakfast. biler masa dia g beli nasi lemak tu aku pun tak tau. aku tgk hubby kat sebelah ade lagi. ingatkan dia da bangun. trus aku mintak dia bawak aku g klinik Hijrah. buat Medical Checkup.

Da la hari Rabu tu aku banyak sangat program. planningnye hari tu nak ambik barang untuk kedai hubby,bayar duit keta, setelkan loan, pegi bank CIMB untuk aktifkan online bank, nak siapkan modul pengajaran dan set soalan sebanyak 12 set, gi jengah ayah aku yang sakit..dan lebih2 lagi pukul 9 pagi ni ade site visit student praktikal kat Majlis Perbandaran Batu Pahat. tepaksa cancel semua tu gara-gara demam seram sejuk ni punya pasal. aduhai, ape la dugaan aku hari tu. sabar je aku.. dalam kecoh2 tu aku bole lagi rileks. aku memang suka buat muka rilek macam takde masalah. tak kecoh2 pun. padahal dalam hati ni cam ribut taufan ngah melanda. risau sesangat.

Masuk je klinik Hijrah,Doktor tu tekejut nampak aku. sebab tengok aku asik MC je bln ni. Dalam rekod dia aku da datang 2 minggu lepas. So,biler cek air kencing hasilnya negatif. tekanan darah biasa. tekanan jantung normal. suhu pun normal. tapi aku rasa sejuk sangat sebab terasa angin kipas bilik dia tahap no 1 pun aku da gigil. kebetulan aku tak pakai sweater, memang kelakar sebab aku kesejukan tahap gaban. Pulak tu,gigi aku atas bawah belaga-laga tahan sejuk. Lastly, dia pun bagi ubat batuk, antibiotik,dan macam2 lagi..dia cakap kesan sampingan udara sejuk dari aircond dan peratus kandungan cecair dalam badan aku terlalu rendah. aku ye kan aje la. dia kan doktor..

Balek dari klinik, aku trus makan ubat and tido je. sedar2 da pukul 2.45 petang. Bangun dari tido,baru badan aku rasa selesa. Baru selera nak makan and bersemangat buat kerja.

Biler da baik demam tu,satu hari aku kat rumah buat kerja rumah. dari kul 4.00 tolong biras ngan anak2 buah aku buat puding kesukaan diorang. pastu cuci baju yang menimbun cam bukit kat depan mesin basuh. aku sapu sampah. aku mop lantai yang rasa kesat kat tapak kaki. kemas meja studi ngan rak buku2 kat bilik. Sepetang tu dok bergerak sana sini nak bagi keluar peluh. Da siap kemas baru mandi. Then, makan n layan criter terminator 2. Sampai tak sedar da masuk magrib.

Before tido pun aku pikir2 balik cakap doktor pasal kesan sampingan. aku rasa kata dia logik gak.. hmm, harap2 pasni tak kena demam tu lagi. seksa betul badan kena demam mengejut ni.
tadi pagi aku baru adjust sket tetingkap ekon tu ngala ke dinding. tak tahan sejuk..

Bagi yang selalu kena ekon, harap2 jangan demam cam aku. yang pasti ekon ni tak hapuskan habuk tapi hasilkan habuk yang tak dapat di tapis oleh paru2 kita. macam asap rokok jugak. hati2 ye....

Monday, May 26, 2008

foto bulan lapan



meriahnya kita lepas nikah ni...



lagi meriah dapat makan lepas ni...