Thursday, May 29, 2008

alergik dengan ekon rupanya..



Hari selasa 27 MEI lepas baru je gaji. seronok betul. so macam2 la nak di buat. aku pun planning baik kiranya hari tu ngan member.

Sebenarnya, hari tu aku da rasa tak sedap badan. masuk je opis, kena ekon plak. pulak tu ekon tu bebetul menghala tempat aku. And then, tetiba pulak hujan turun hari tu selepas hampir sebulan tak hujan( sebulan ker?...). ekon opis tetiba pulak sejuk sesangat macam. rasa cam kat dlm bilik bekukan daging import(penah masuk bilik ni kat satu hypermarket tu.........grrr..sejuk sesangat).

Jadiknya seharian badan aku berbungkus dgn blazer yang tebalnye tak sampai 5mm. hari tu lupa pulak nak minum air masak. apa lagi, tekak terasa kering dan pahit je biler telan air liur. masa tu maintain lagi, belagak hebat, tak makan ubat pun. then, bole pulak tengahari tu pekena ais dengan member. aduhai, memang sengaja carik bala hari tu.

Pas lunch pulak ade opismet ajak g shopping balik keje. dapat pulak green lite dari hubby bole gi shopping..huhu..seronok aku!Hah! layan aje. hati bekobar-kobar nak carik barang yang diidamkan. tak kesah la badan tak sehat pun. so pada masa yang ditetapkan, tempat yang ditetapkan..kitorang pun pergilah. bole tahan sakan gak shopping even just window
shopping. huhuhu...

Pas magrib baru balek. tp on the way balek tu kepala da rasa berat. actually masa ngah shopping tu da rasa pala rasa pusing semacam. badan da gigil2 cam kena demam denggi. tapi buat dek je. sebab da janji ngan member. teruskan jugak shopping.

Time drive balik, mata rasa sakit sebab silau kena cahaya lampu keta. biler kena lampu yang guna hi-beam or lampu Xeon yang terang, kepala terus berdenyut..tp gagahkan jugak mandu. sampai je keta kat selekoh kelicap tanjung labuh tu, ade keta tah dari mana hala. laju gila babas driver dia bawak keta. guna pulak lampu Xeon yang terang tu. bertambah-tambah sakit kepala aku dek silaunye cahaya dari cermin kereta. pastu, da tau kat selekoh, bole pulak dia nak motong. malangnya tak lepas sebab tetiba ade lori yang guna lampu malap datang dari arah depan. terus dia ke belakang keta aku semula. aku tersentak sebab terasa gegar bumper belakang cam dihentak. terhenjut-henjut keta aku. trus hati aku terbakar, tapi sabarkan je.Nasib baik drive sensorang. malam hari pulak tu. kalau ade hubby aku masa tu, for sure dia bentikan keta mengejut pas kena sondol. dia turun and belasah mangkuk tu. tapi disebabkan aku sorang, tu pasal selamba je bawak keta. apa lagi, aku pecut terus...takut!


Sampai rumah mak kul 8.39malam.pas letak barang2 yg dia pesan.,aku terus baring kat depan tv. mintak mak picit pala. dekat setengah jam pastu, baru balek umah metua sbb minggu tu kitorang diamanahkan duduk rumah metua. lagipun kat sana tinggal mak budak ngan anak2 dara je. takde wakil adam. so,kul 9.30 malam baru aku tiba sana. Tu pun diorang baru pas makan. Masa ni la,perut aku lapar sangat. sangkengnye shopping tak ingat makan.

Then,aku melepak kat depan tv tempat diorang makan. Tetiba anak buah aku tegur biler tengok muka aku da lain sangat. pucat semacam. cam sakit. Aku just angguk kepala. tak mampu nak bercakap. coz badan da rasa sakit2 and seram sejuk,kepala tengah berdenyut, tekak perit, perut lapar, hati panas dan macam2 lagi. Denyut kat kepala bertambah biler anak2 buah aku yang umur 4 tahun ngan 2 tahun ni bergaduh, menjerit2..ngan suara baby tengah menangis lagi. aku tak tahan betul.hubby aku takde time tu. dia ke jb. kalau tak bole mintak dia picit2 pala.

Aku terus bangun dari situ, g mandi, solat.. makan sket b4 telan ubat and terus tido. Aku tido pun kat kerusi sebelah tv berselimut tebal. sejuknya rasa cam kena rendam dalam ais. aku tido2 ayam je. asik la berkalih badan kiri kanan.

Tepat kul 3 pagi baru hubby balek.tekejut dia tgk muka aku da bengkak, badan panas sangat. malam tu kitorang tido lambak depan tv beramai2 dengan anak buah hubby yang masih sunti 2 orang. aku tido2 ayam sebab pala rasa berat. kejap2 mintak hubby picit pala, kejap2 badan, jap lagi kaki pulak.. dia pun tak leh tido lena. sebab terasa bahang panas dari badan aku. Sian hubby aku...huhuhuu..owh, sebelum tido aku sempat minum air masak banyak2.

Then, hari Rabu,kul 5.30 pagi aku tejaga. rasa mata pedih, tekak perit..biler ankat pala, terasa bepusing satu rumah. tapi aku paksa diri bangun. masa mandi tu aku batuk banyak kali. tetiba kuar kahak berketul-ketul warna hijau campur darah. tekejut aku. baru la rasa tekak ni kurang sakit. aku mandi n solat,dengan harapan sehat pagi tu. after solat subuh tu, aku terus pitam tak sedar diri.

Tetiba je dengar suara biras aku. Rupanya dia ajak breakfast. biler masa dia g beli nasi lemak tu aku pun tak tau. aku tgk hubby kat sebelah ade lagi. ingatkan dia da bangun. trus aku mintak dia bawak aku g klinik Hijrah. buat Medical Checkup.

Da la hari Rabu tu aku banyak sangat program. planningnye hari tu nak ambik barang untuk kedai hubby,bayar duit keta, setelkan loan, pegi bank CIMB untuk aktifkan online bank, nak siapkan modul pengajaran dan set soalan sebanyak 12 set, gi jengah ayah aku yang sakit..dan lebih2 lagi pukul 9 pagi ni ade site visit student praktikal kat Majlis Perbandaran Batu Pahat. tepaksa cancel semua tu gara-gara demam seram sejuk ni punya pasal. aduhai, ape la dugaan aku hari tu. sabar je aku.. dalam kecoh2 tu aku bole lagi rileks. aku memang suka buat muka rilek macam takde masalah. tak kecoh2 pun. padahal dalam hati ni cam ribut taufan ngah melanda. risau sesangat.

Masuk je klinik Hijrah,Doktor tu tekejut nampak aku. sebab tengok aku asik MC je bln ni. Dalam rekod dia aku da datang 2 minggu lepas. So,biler cek air kencing hasilnya negatif. tekanan darah biasa. tekanan jantung normal. suhu pun normal. tapi aku rasa sejuk sangat sebab terasa angin kipas bilik dia tahap no 1 pun aku da gigil. kebetulan aku tak pakai sweater, memang kelakar sebab aku kesejukan tahap gaban. Pulak tu,gigi aku atas bawah belaga-laga tahan sejuk. Lastly, dia pun bagi ubat batuk, antibiotik,dan macam2 lagi..dia cakap kesan sampingan udara sejuk dari aircond dan peratus kandungan cecair dalam badan aku terlalu rendah. aku ye kan aje la. dia kan doktor..

Balek dari klinik, aku trus makan ubat and tido je. sedar2 da pukul 2.45 petang. Bangun dari tido,baru badan aku rasa selesa. Baru selera nak makan and bersemangat buat kerja.

Biler da baik demam tu,satu hari aku kat rumah buat kerja rumah. dari kul 4.00 tolong biras ngan anak2 buah aku buat puding kesukaan diorang. pastu cuci baju yang menimbun cam bukit kat depan mesin basuh. aku sapu sampah. aku mop lantai yang rasa kesat kat tapak kaki. kemas meja studi ngan rak buku2 kat bilik. Sepetang tu dok bergerak sana sini nak bagi keluar peluh. Da siap kemas baru mandi. Then, makan n layan criter terminator 2. Sampai tak sedar da masuk magrib.

Before tido pun aku pikir2 balik cakap doktor pasal kesan sampingan. aku rasa kata dia logik gak.. hmm, harap2 pasni tak kena demam tu lagi. seksa betul badan kena demam mengejut ni.
tadi pagi aku baru adjust sket tetingkap ekon tu ngala ke dinding. tak tahan sejuk..

Bagi yang selalu kena ekon, harap2 jangan demam cam aku. yang pasti ekon ni tak hapuskan habuk tapi hasilkan habuk yang tak dapat di tapis oleh paru2 kita. macam asap rokok jugak. hati2 ye....

Monday, May 26, 2008

foto bulan lapan



meriahnya kita lepas nikah ni...



lagi meriah dapat makan lepas ni...


Saturday, May 17, 2008

lawak sedunia...


Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata.

Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka.

Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik. Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut.

Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu.

Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."

Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu.

Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."

Sedang mereka bertarung, lalulah seorang penduduk lelaki orang asli disitu. Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar.

So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak.

ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP. Kena kepala pompuan tu dan mati.

Dengan selamba orang asli tu kata... "I AM SORRY... .!!"


Monday, May 12, 2008

QURAN..

teruskan ke ... http://iht.com/articles/2008/05/06/asia/indo.php


ok?

tipu!


"tet..tet..tet..tet" bunyi handphone atas meja study.Rina(bukan nama sebenar) terus mengangkat handphone O2 XDA kepunyaan suaminya, Azrul(bukan nama sebenar).

Niatnya bukan apa tetapi bunyi O2 milik suaminya itu semakin kuat. Rupa-rupanya itu assign ringtone untuk incoming mesej. Sebaik saja dia terbaca mesej tersebut, hatinya tiba-tiba geram terlihat isi mesej tu.

"B...huney dmm ni...perihatin la sket"..dari Nana EON..

Astaghfirullah. Detik hati Rina. terpana sekejap dia dgn mesej tu. bila diskrol lagi mesej tu.

"alah B ni...huney tgh ssh B lyn huney mcm ni..da la ..g la cr prempuan lain..."

Semakin kuat degupan jantung Rina. Tak disangka. Selama ini suami yang dicintai telah meragut kesetiaan dirinya. Terasa dirinya diperbodohkan selama ni.

Geram, benci, jijik menjadi satu dalam dirinya..hanya kerana satu mesej yang dibaca tadi dia terus naik angin...

"Tak guna punya suami!!! Nanti kau!!! aku tau la nak buat ape kat nko.kalau engkau tak layan betina ni, mesti dia tak balas mesej camni..." Rina dah berkira-kira dalam kepala apa yang nak dibuat kat Azrul.

Sebaik je Azrul melangkah masuk ke dalam bilik mereka, Rina terus menarik Azrul dan menutup pintu bilik.

"Siapa Nana EON?" soalan tu dituju kepada Azrul sambil menunjukkan mesej tersebut kepada Azrul. Dengan wajah selamba babi hutan Azrul menjawab.

"Oh! budak KL tu..kenapa?" apalagi, mendengar saja soalan Azrul itu,Rina terus menyinga, lalu..................

"Pangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" pipi Azrul ditampar 2 kali. Itu pun rasanya belum cukup lagi bagi Rina untuk menyedarkan Azrul yang masih selamba tu.

Hati Rina semakin pilu dengan sikap Azrul. Airmata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir juga. semakin laju seperti hatinya yang tidak keruan tu...

Dengan nada tinggi Rina bersuara, " Kan saya dah cakap, selepas kawin putuskan hubungan dengan perempuan2 ni..tapi awak tak dengar cakap saya..kenapa jadi macam ni. Apa yang awak nak dengan melayan perempuan2 ni. apa yang awak carik kat diorang?...apa....apa...bangg..." hiba betul mendengar rintihan Rina.

Azrul hanya memandang Rina yang sudah terjelepok di tepi katil tanpa kata..

"Saya selama ni setia dengan awak. tak pandang pun kat lelaki lain lepas kawin.lupakan masa silam saya kerana awak suami saya tapi ini yang awak balas kat saya..." rintih Rina diiringi tangisan yang semakin kuat..

"Tak sangka selama ni awak menduakan saya dengan perempuan ni..sungguh saya tak sangka. terjadi jugak perkara ni kat diri saya...Ya Allah, kenapa baru sekarang Kau tunjukkan kat hambaMu ini perbuatan suami aku yang aku sangka dah berubah?..kenapa baru sekarang? Ya Allah....." Rina terus menerus merintih tanpa menghiraukan suaminya itu..

Melihat keadaan Rina yang hampir hilang akal tu, Azrul cuba memujuk Rina untuk terangkan keadaan sebenar..Rina segera menolak tubuh Azrul. tak rela disentuh oleh suaminya. Geli rasanya seolah-olah dipegang oleh makhluk ganjil.

Dalam pandangan Rina sekarang..Azrul hanya seorang manusia yang tidak berguna,malah lebih teruk dari anjing kurap.

Lalu, Rina mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sejak peristiwa itu sampai dia rasa betul2 waras untuk membuat keputusan..

Sementara itu, Azrul pula tidak berusaha untuk memulihkan rumah tangga
mereka yang baru dibina. Tiada kata maaf dari mulut Azrul malah dia juga
menjauhkan diri dari Rina...


Apakah kesudahan kisah mereka.........anda tentukan lah.....

Tuesday, May 6, 2008

sibuk betul diorang ni...

Semakin lama aku kerja, banyak benda yang aku sedar yang selama ni aku boleh buat. rupa-rupanya, aku ni agak naif dengan cara bersosial. masa mula kerja tu, pernah ditegur dengan sorang student sebab tak nampak gaya cam lecturer...mula tu rasa bengang gak. nape la diorang ni sibuk betul dengan appearance aku. biarlah, aku nak low profile camni..pastu, anak sedara aku yang da besar tu pun tegur aku. dia tak caya aku ni pensyarah...betambah hot la eden!!!.....
tapi bila aku teliti balik aku sendiri, memang patut pun diorang tegur aku. dan aku perlu berubah serta-merta.lagipun, nampak sangat ketara aku naif dari segi bersosial dan ...
sekarang ni aku da pandai sket la. mekap2,bergaul dengan kawan-kawan lain. tapi tetap pakai yang sempoi. yang ni aku ngah blaja sket2 nak ubah cara pakaian..hahaaaa...skarang rasa lebih happy nak datang keja. sebab tu aku selalu datang awal sekarang. sebab nak join diorang breakfast. macam2 criter leh kongsi.
lagipun, diorang ni rajin2 bekerja. memang kita pun influence gak biler dok dekat2 dengan orang yang rajin ni. tak macam tempat lama aku dulu. konon2 pegi tengok site. rupa-rupanya balik rumah tido. hampeh.....
Now masa yang sesuai untuk aku expose diri aku dengan kerja yang challenging...sekarang ni aku tengah mengupgrade diri aku dengan knowledge lain. BUSINESS...
harap-harap lebih berjaya dari sekarang...

semoga Allah sentiasa membantu aku.. Amin!

masa tu...



pertengahan bulan may 2008 ni banyak betul aktiviti terutama musim cuti sekolah da nak dekat..rasa2 time tu paling la meriah dengan kenduri kawen sanak sedara yang da nunggu..dugaan..bagi sesape yang baru nak merasa naik pelamin tu, selamat di ucapkan kepada anda dalam menempuhi alam baru...yang paling best da dekat cuti pertengahan sekolah ni..banyak betul undangan jemputan kawin..berbondong-bondong sanak sedara nak booking date untuk anak-anak dia kawin. takut clash ngan sedara yang lain..ye, time ni la nak jumpa sedara kita..
teringat pulak kesah aku masa nak naik pelamin. lucu, sedih, marah..semua ade..rupa-rupanya, kecik je halnya nak naik pelamin ni.tak susah pun nak kelola majlis kawin ni. aku je yang kecoh lebih...
wut eva pun, pas kawin ni, aku semakin respek kat famili aku yang begitu supportive selama ni..dan jugak famili baru aku..juga hubby aku yang selalu ada di sisi...

i love u all.. muah muah..