Monday, May 12, 2008

tipu!


"tet..tet..tet..tet" bunyi handphone atas meja study.Rina(bukan nama sebenar) terus mengangkat handphone O2 XDA kepunyaan suaminya, Azrul(bukan nama sebenar).

Niatnya bukan apa tetapi bunyi O2 milik suaminya itu semakin kuat. Rupa-rupanya itu assign ringtone untuk incoming mesej. Sebaik saja dia terbaca mesej tersebut, hatinya tiba-tiba geram terlihat isi mesej tu.

"B...huney dmm ni...perihatin la sket"..dari Nana EON..

Astaghfirullah. Detik hati Rina. terpana sekejap dia dgn mesej tu. bila diskrol lagi mesej tu.

"alah B ni...huney tgh ssh B lyn huney mcm ni..da la ..g la cr prempuan lain..."

Semakin kuat degupan jantung Rina. Tak disangka. Selama ini suami yang dicintai telah meragut kesetiaan dirinya. Terasa dirinya diperbodohkan selama ni.

Geram, benci, jijik menjadi satu dalam dirinya..hanya kerana satu mesej yang dibaca tadi dia terus naik angin...

"Tak guna punya suami!!! Nanti kau!!! aku tau la nak buat ape kat nko.kalau engkau tak layan betina ni, mesti dia tak balas mesej camni..." Rina dah berkira-kira dalam kepala apa yang nak dibuat kat Azrul.

Sebaik je Azrul melangkah masuk ke dalam bilik mereka, Rina terus menarik Azrul dan menutup pintu bilik.

"Siapa Nana EON?" soalan tu dituju kepada Azrul sambil menunjukkan mesej tersebut kepada Azrul. Dengan wajah selamba babi hutan Azrul menjawab.

"Oh! budak KL tu..kenapa?" apalagi, mendengar saja soalan Azrul itu,Rina terus menyinga, lalu..................

"Pangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" pipi Azrul ditampar 2 kali. Itu pun rasanya belum cukup lagi bagi Rina untuk menyedarkan Azrul yang masih selamba tu.

Hati Rina semakin pilu dengan sikap Azrul. Airmata yang ditahan dari tadi akhirnya mengalir juga. semakin laju seperti hatinya yang tidak keruan tu...

Dengan nada tinggi Rina bersuara, " Kan saya dah cakap, selepas kawin putuskan hubungan dengan perempuan2 ni..tapi awak tak dengar cakap saya..kenapa jadi macam ni. Apa yang awak nak dengan melayan perempuan2 ni. apa yang awak carik kat diorang?...apa....apa...bangg..." hiba betul mendengar rintihan Rina.

Azrul hanya memandang Rina yang sudah terjelepok di tepi katil tanpa kata..

"Saya selama ni setia dengan awak. tak pandang pun kat lelaki lain lepas kawin.lupakan masa silam saya kerana awak suami saya tapi ini yang awak balas kat saya..." rintih Rina diiringi tangisan yang semakin kuat..

"Tak sangka selama ni awak menduakan saya dengan perempuan ni..sungguh saya tak sangka. terjadi jugak perkara ni kat diri saya...Ya Allah, kenapa baru sekarang Kau tunjukkan kat hambaMu ini perbuatan suami aku yang aku sangka dah berubah?..kenapa baru sekarang? Ya Allah....." Rina terus menerus merintih tanpa menghiraukan suaminya itu..

Melihat keadaan Rina yang hampir hilang akal tu, Azrul cuba memujuk Rina untuk terangkan keadaan sebenar..Rina segera menolak tubuh Azrul. tak rela disentuh oleh suaminya. Geli rasanya seolah-olah dipegang oleh makhluk ganjil.

Dalam pandangan Rina sekarang..Azrul hanya seorang manusia yang tidak berguna,malah lebih teruk dari anjing kurap.

Lalu, Rina mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sejak peristiwa itu sampai dia rasa betul2 waras untuk membuat keputusan..

Sementara itu, Azrul pula tidak berusaha untuk memulihkan rumah tangga
mereka yang baru dibina. Tiada kata maaf dari mulut Azrul malah dia juga
menjauhkan diri dari Rina...


Apakah kesudahan kisah mereka.........anda tentukan lah.....

2 comments:

Amanda Eltiqaz said...

alaa...cmni je ke ending nya? huhu..nk tau ending~~

Mastura Omar said...

ngah pening masa buat criter

ni..nanti ar sambung balek. carik

idea dulu..ade idea baru continue k..